{92}
AL-LAIL (malam) 1~21.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Perhatikan
malam, apabila ia kelam
2. Dan
(perhatikanlah) siang, apabila terang.
3. Dan
(perhatikan lah) yang menjadikan lelaki dan perempuan.
4.
Sesungguhnya usaha kamu itu bermacam-macam
5.
Lantaran itu, ada pun orang yang menderma dan berbakti.
6. Dan
mengakui kebaikan
7. Maka
kami akan mudahkan dia kejalan yang mudah.
8. Dan
ada pun orang yang bakhil dan merasa terkaya.
9. Dan
mendustakan kebaikan
10. Maka
kami akan mudahkan dia kejalan yang payah.
11. Dan
hartanya tidak akan menolong dia apabila ia terjerumus.
12.
Sesungguhnya atas tanggungan kamilah (hal) menunjukkan jalan lurus itu.
13. Dan
sesungguhnya kepuyaan kamilah akhirat dan dunia
14. Oleh
itu, aku ancam kamu dengan api yang bernyala-nyala.
15. Yang
tidak akan terpegang padanya melainkan orang yang paling celaka
16. Yang
mendustakan, dan berpaling belakang
17. Dan
akan dijauhkan dia daripada orang yang paling berbakti.
18. Yang
mendermakan hartanya kerana mahu jadi bersih.
19. Pada
hal tidak ada padanya budi seorang yang patut dibalas
20.
Tetapi kerana hendak mencari keredaan Tuhan nya yang maha tinggi.
21. Dan
(Tuhan nya) akan reda (kepadanya).
[Previous Surah][Next Surah][Mukidamah Surah][Ringkasan Surah]
.
No comments:
Post a Comment